Laman Utama | Maklumat Korporat | Aktiviti | Peristiwa | Pautan | Hubungi Kami

Pertubuhan Peladang Negeri Kedah

Maklumat Korporat

Pengenalan

Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK) telah ditubuhkan pada 6 Januari 1984 di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973.

Terdapat 42 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh kawasan Kedah. PPNK juga mempunyai 3 cawangan iaitu PPNK Cawangan Jentera Asun, Cawangan Jentera Pendang dan Cawangan Ladang Sik.

Wawasan, Misi & Objektif

Wawasan

Pertubuhan Peladang Negeri Kedah dan Pertubuhan Peladang Kawasan di Negeri Kedah akan menjadi pergerakan dan badan perniagaan yang kukuh dan berjaya di samping menjadi pengeluar makanan utama Negeri Kedah.

Objektif

Untuk menjadikan Pertubuhan Peladang Negeri Kedah sebuah organisasi yang teguh dan berdaya maju yang akan melahirkan satu pergerakan yang kuat bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial ahli-ahlinya.

Misi

Memajukan ekonomi dan sosial Pertubuhan Peladang di Negeri Kedah

Meneruskan usaha mempercepatkan transformasi sektor pertanian kepada satu sektor yang lebih moden dan berorientasikan komersial.

 

 

Aras 1, Bangunan KWSP-PELADANG,
No. 33, Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Star, Kedah

"PERNIAGAAN ADALAH PERNIAGAAN"